Tuesday 3 May 2011

Gambar - gambar

pengetua berucap
budak-budak jugra
cikgu-cikgu perempuan
cikgu laki-laki
pelajar straight A pmr 2010
guru-guru mesyuarat

Wednesday 23 March 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra telah didirikan di atas tanah seluas 2 ekar (4.86 hektar) yang dikenali sebagai Ladang Jugra. Ia dibina sekitar awal tahun 1980. Sekolah ini telah dibuka untuk tahun pengajiannya pada 3 Januari 1983. Pada awal pembukaannya sekolah ini adalah sekolah bergred C dan menggunakan nama Sekolah Menengah Jugra. Pada tahun 1989 sekolah ini telah dinaikkan ke gred B dan kini sekolah ini adalah sekolah bergred A. Blok bangunan di sekolah ini telah dibina secara berperingkat iaitu:

1982        : Blok A dan B yang merupakan bangunan 2 tingkat.
1986        : Blok C, bangunan 1 tingkat.
1988    : Blok D, bangunan 2 tingkat.
1990    : Blok E, bangunan 2 tingkat.
1999    : Blok F, bangunan 3 tingkat.
                        2009    : Blok G, bangunan 1 tingkat

Kini SMK Jugra telah berusia 27 tahun..

Saturday 19 March 2011

Welcome


SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN JUGRA
JALAN SULTAN ABDUL SAMAD,
42700 BANTING, SELANGOR.

VISI Sekolah
Sekolah Unggul Menjana Generasi Terbilang

MISI Sekolah
Melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berkualiti dan berakhlak mulia.
 LAGU Sekolah
Jugra bumi yang bertuah
Warisan penuh sejarah
Di situ tersergam sekolah yang
Kami sayang dan sanjung tinggi
Ilmu memimpin kami
Penunjuk jalan hidup
Dengan guru sebagai obor
Penerang masa hadapan kami
Bergerak maju sentiasa
Menjunjung cita mulia
Pengasuh putera puteri bangsa
Pemimpin hari muka
Tumpahkan taat setia
Amalkan Rukun Negara
Semoga Sekolah Menengah Jugra
Maju dan berjaya.
   
Gubahan:Tn. Hj. Suardi Bin Hj. Maffudz