Wednesday 23 March 2011

SEJARAH SEKOLAH

Sekolah Menengah Kebangsaan Jugra telah didirikan di atas tanah seluas 2 ekar (4.86 hektar) yang dikenali sebagai Ladang Jugra. Ia dibina sekitar awal tahun 1980. Sekolah ini telah dibuka untuk tahun pengajiannya pada 3 Januari 1983. Pada awal pembukaannya sekolah ini adalah sekolah bergred C dan menggunakan nama Sekolah Menengah Jugra. Pada tahun 1989 sekolah ini telah dinaikkan ke gred B dan kini sekolah ini adalah sekolah bergred A. Blok bangunan di sekolah ini telah dibina secara berperingkat iaitu:

1982        : Blok A dan B yang merupakan bangunan 2 tingkat.
1986        : Blok C, bangunan 1 tingkat.
1988    : Blok D, bangunan 2 tingkat.
1990    : Blok E, bangunan 2 tingkat.
1999    : Blok F, bangunan 3 tingkat.
                        2009    : Blok G, bangunan 1 tingkat

Kini SMK Jugra telah berusia 27 tahun..

No comments:

Post a Comment